pot pet pot pet

" Merenung ke luar jendela melihat alam ciptaanNya. Subhanallah...betapa hebat kuasaNya sepertimana hebat dugaan yang diberikan kepada hamba-hambaNya. Sayang sekali, hamba-hambaNya cepat berputus asa. Cepat mengeluh. Cepat dalam segala hal melainkan cepat dalam mengerjakan ibadah kepada Penciptanya. Hamba-hambaNya lupa akan janji-janji akhirat. Setiap apa yang berlaku,ada hikmahnya kerana Dia lebih mengetahui. Dia tidak akan menurunkan bala sekiranya hamba-hambaNya itu tidak alpa kepada kebesaranNya. SuruhanNya. Namun, Dia memberi sedikit ujian kepada hamba-hambaNya supaya tidak terlalu leka berada di atas dunia. Dia tidak akan menguji hamba-hambaNya sekiranya Dia tahu hambaNya itu tidak mampu menggalasnya. DIA MAHA MENGETAHUI "

- RENUNGAN BERSAMA MATAHARI FOREVER -

3 comments:

  1. bagus nasihat daripada ustazah...semoga banyak lagi nasihat di blog ni..tq

    ReplyDelete
  2. insyaAllah ustazah akan renung2kan :P peace no war

    ReplyDelete
  3. kuasa Allah :)

    btw,akak jemput la visit blog saya

    http://lynnsharudddin.blogspot.com/

    ReplyDelete