i.b.u


Di sebalik keriangan sebuah keluarga, ada yang berduka dan menyimpan seribu rahsia. Hati ibu mana yang sanggup melihat anak-anak menderita dan sengsara menyimpan pelbagai masalah di dalam keluarga masing-masing. Adakah anak-anak merasai apa yang ibu mereka rasa? Bila anak-anak telah jumpa kebahagiaan masing-masing, ibu tidak lagi menjadi org pertama dalam diri mereka walhal ibu lah yang membesarkan, memberi pendidikan dan bersusah payah selama menjaga anak-anak. Apa yang dapat aku perhatikan di dalam sebuah keluarga itu, amatlah dikesali apabila anak-anak selalu menyalahkan ibu dalam pelbagai hal dan perbincangan. Tidak sedikit pun menyetujui pendapat ibu mereka. Tapi dalam masa yang sama, ibu itu berniat untuk menolong anak mereka. Apa yang ibu tidak buat untuk anaknya mandapat sedikit kesenangan?semua ibu buat..betapa mulianya hati seorang ibu. Apabila kita inginkan cahaya, Tuhan berikan kita MATAHARI. Apabila kita inginkan air, Tuhan limpahkan dengan hujan.apabila kita inginkan kebahagiaan, Tuhan berikan kita pasangan sehidup semati..TAPI adakah kita fikir apakah yg ibu kita perlukan apabila anak-anak sudah membesar dan menemui kebahagiaan masing-masing? Cukuplah sekadar bertanya khabar, selalu menziarahi dan paling sempurna sekali menghantar ibu bapa kita ke mekah menunaikan haji (bagi yang mampu). Janganlah kita memberi masalah kepada mereka kerana meraka sudah menghabiskan seluruh masa mereka sebelum ini dengan masalah kita sejak kita kecil lagi. Apa yang kita tahu mengenai masa silam kita? Kita yang selalu memberontak inginkan sesuatu,walhal ibubapa kita tidak mampu untuk memenuhi apa yang kita mahu..tapi, mereka sedikit pun tidak mengeluh apabila mereka mencari wang untuk kita.. jadi, apabila kita sudah besar, sudah berumahtangga, janganlah kita membebankan mereka dengan masalah kita. Sepatutnya kita yang menolong mereka, kerana mereka berhak mendapat kebahagiaan daripada anak-anak mereka. Untuk ketika ini, mungkin anak-anak belum lagi merasai dan menyedari pengorbanan ibu itu, tapi, apabila ibu kita sudah tiada..barulah anak-anak terasa kehilangannya. Dan PADA KETIKA ITU, masa tidak akan berputar kembali ..yang berlalu akan terus berlalu dan yang paling merasainya adalah anak-anak yang tidak menghargai ibunya semasa hayat mereka..pd ketika itu, TERIMALAH KENYATAAN..IBU TIADA LAGI.

No comments:

Post a Comment